Saturday, December 19, 2009

River For Next Generation~~~

Saturday, December 19, 2009

Salam Muhibbah

Tarikh : 16 Disember 2009
Tempat : Hutan Lipur Kanching
Aktiviti : Membersihkan Kawasan sekitar Hutan Lipur Kanching
Anjuran : UMAGS Shah Alam.

Pada 16 Disember 2009 yg lalu, bertempat di Hutan Lipur Kanching satu program "River for Next Generation" telah berjaya dianjurkan oleh Club UMAGs Shah Alam. Program yang mendapat sokongan dari pihak MBSA ini telah disertai seramai 37 orang peserta yang kesemuanya terdiri daripada pelajar Unisel dari berbagai fakulti. Penasihat program En.Tn.Badli Shah turut serta dalam program ini. Objektif utama prpgram ini dianjurkan adalah untuk meneruskan lagi aktiviti River Rangers dan sekaligus memupuk semangat cintai alam sekitar dan sungai kita agar ianya dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Dalam masa yang sama, pemeriksaan terhadap kualiti air di Hutan Lipur Kanching ini turut dijalankan oleh para peserta atas kendalian En. Tn.Badli Shah.

Seawal jam 7.00 pagi, para peserta telah mula berkumpul di Unisel. Kesemua peserta kelihatan sangat teruja dan bersemangat untuk menjayakan program ini. Tepat jam 8.30 pagi bas mula bergerak meninggalkan perkarangan Unisel menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Doa turut dibacakan oleh saudara Atan dengan harapan program ini diberkati oleh-Nya.

Setibanya di sana, rombongan kami telah disambut oleh sekumpulan kera yang seolah2 menantikan kehadiran kami di sana. Para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan telah diamanahkan dengan check point masing2.
Kumpulan 1: Air terjun tingkat 1
Kumpulan 2: Air terjun tingkat 4
Kumpulan 3: Air terjun tingkat 7
Setiap kumpulan ditugaskan untuk mengutip sampah disekitar kawasan 'amanah' masing2. Pada hari tersebut, suasana di sana agak meriah dengan kehadiran pengunjung yang memanfaatkan musim cuti sekolah ini dengan membawa keluarga masing2 untuk berkelah. Mereka turut memberi sokongan yang positif kepada program ini.

Sepanjang aktiviti membersihkan kawasan, para peserta telah memberikan kerjasama yang baik. Mereka bekerjasama untuk mengutip sampah sarap yang bertaburan di sana. Ternyata sampah sarap masih banyak dibuang sesuka hati oleh para pengunjung di kawasan rekreasi ini. Keadaan seperti ini seharusnya tidak lagi berlaku sekiranya para pengunjung mempunyai semangat cintakan alam sekitar.


Sepanjang aktiviti pembersihan dijalankan, En. Tn Badli Shah dengan beberapa orang peserta telah menjalankan pemerhatian terhadap kualiti air disana. Pemerhatian dilakukan di ketiga-tiga kawasan check-point yang telah ditetapkan. Hasil daripada kajian yang menunjukkan bahawa kualiti air disana berada di tahap yang bersih.

Selesai membersihkan kawasan sekitar tersebut, para peserta dibenarkan untuk bermandi-manda.......

Diharapkan program2 seperti dapat dijalankan secara berterusan untuk menjamin semangat cintakan alam sekitar akan sentiasa mengalir dalam diri setiap individu.....

Sekian...


Wednesday, December 2, 2009

Kami River Rangers!!!

Wednesday, December 2, 2009
Salam 1 Malaysia...


Tarikh : 01 Disember 2009
Tempat : Dewan Renantanda, Bangunan MBSA
Aktiviti : Kursus Pengenalan River Ranger
Anjuran : MBSA dan GEC (Global Environment Centre)

Satu Program Kursus River Ranger anjuran MBSA dengan kerjasama GEC telah berjaya dianjurkan di Bilik Latihan Renantanda, Bangunan MBSA pada 01 Disember 2009 yang lalu. Program yang julung kali diadakan semenjak LA21 diperkenalkan ini melibatkan beberapa buah IPT sekitar Shah Alam seperti UNiSEL,UiTM serta MSU. Objektif utama Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda untuk lebih menghargai alam sekitar terutamanya sungai yang menjadi punca air kepada masyarakat. Kursus River Rangers ini lebih difokuskan kepada sungai-sungai yang berada di sekitar Selangor dan lebih spesifik di sekitar Shah Alam.

Seramai 3 org peserta telah mewakili UNISEL untuk menyertai kursus ini. Pada asalnya 11 orang pelajar dari pelbagai kursus telah dipilih untuk mewakili UNISEL, namun begitu disebabkan terdapat pertindihan tarikh di antara program ini dengan peperiksaan akhir semester menyebabkan hanya kami bertiga sahaja iaitu dayang, yem dan juga mus yang mengikuti program ini. Tuan Badli Shah bin T.Jusoh (Pensyarah Fakulti Bioteknologi dan Sains Hayat) selaku Penasihat UMAGs Shah Alam turut mengiringi kami sepanjang program tersebut dijalankan.

Program yang dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi ini mengalami sedikit kelewatan akibat masalah-masalah yang tertentu. selepas bersarapan dengan nasi lemak sambal sotong, sesi taklimat pun bermula dengan ucapan aluan oleh En.Sivarajan a/l Arumugam Ahli Majlis MBSA merangkap Pengerusi J/K Alam Sekitar Mampan.

Selepas diberi sedikit pengenalan kepada Alam sekitar,Modul 1: Manusia, Air & Sungai yang disampaikan oleh Dr. Kalithasan. Beliau menyifatkan sungai merupakan satu entiti hidup. Dalam modul ini, para peserta diperkenalkan dengan kepentingan air,sungai-sungai dan lembangan yg terdapat di Malaysia dan ciri2 sebuah sungai.

Modul 2: Lambangan sungai-Masalah & Isu turut disampaikan oleh Dr.Kali berkait dengan keadaan semasa di Malaysia. mengikut data yang dipaparkan berdasarkan kepada Nilai Penunjuk Kualiti Air di 122 negara, Malaysia berada di tangga ke 87. Berdasarkan kepada statistik itu juga amatlah mengejutkan bahawa penyebab utama terjadinya pencemaran sungai ini adalah dari kawasan perumahan diikuti oleh kawasan perindustrian dan pertanian. Jelas disini bahawa penduduk tempatan merupakan faktor utama kepada berlakunya pencemaran air di negara kita ini.

Jika difikirkan secara logiknya, Malaysia mampu untuk berada dikedudukan yang terbaik sekiranya rakyat Malaysia mempunyai kesedaran untuk sama-sama menjaga dan menghargai satu-satunya punca utama kepada sumber air mereka. Mungkin disebabkan ceteknya ilmu pengetahuan ataupun kurangnya kesedaran terhadap kepentingan menjaga sumber air ini membolehkan penduduk membuang sampah sarap, sisa kumbahan, sisa industri ke dalam sungai sesuka hati tanpa memikirkan kesan dan akibat yang bakal terjadi kepada mereka sendiri, generasi akan datang, alam sekitar ataupun hidupan2 air. Tidakkah mereka menyedari bahawa bumi kita ini hanyalah suatu pinjaman dan kita perlu memulangkannya kepada generasi yang akan datang.



Selepas habis pembentangan modul 1 dan 2 dari Dr.Kali, para peserta dihidangkan dengan makanan tengah hari yang sedap dan dibenarkan untuk berehat seketika sebelum program diteruskan dengan modul yang seterusnya.

Untuk pembentangan Modul 3: Pengurusan lembangan sungai secara bersepadu lebih menjelaskan tentang kedudukan sungai2 dan juga lembangan yang terdapat di negeri Selangor. Selain daripada sungai turut diberi penekanan ialah tentang kepentingan lembangan kepada sesebuah negeri. Atas aspek inilah jika suatu waktu dahulu kerajaan Malaysia pernah mengadakan kempen 1 negeri 1 sungai, maka sekarang kempen 1 negeri 1 lembangan pula dilancarkan. Pelbagai pendekatan telah dilakukan untuk menguruskan dan memastikan sumber air kita ini sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. Namun jika hanya 1 pihak sahaja yang bertungkus lumus untuk menjaganya sedangkan pihak2 yang lain tidak mengambil endah segalanya sia2 belaka. Atas faktor inilah penglibatan semua pihak seperti kerajaan, sektor swasta dan juga org awam amatlah diperlukan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memupuk kesedaran, menyalurkan informasi dan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk memastikan keadaan kualiti air kita sentiasa terpelihara. Faktor ini jugalah yang menjadi objektif utama River Ranger ini ditubuhkan.


Dalam Modul 4: Pengurusan sungai secara "hands on", para peserta diberi taklimat mengenai aspek2 yang perlu diambil perhatian sewaktu melakukan pemerhatian terhadap sungai itu nanti. Antara aspek2 tersebut ialah aspek biologi dimana setiap bahagian sungai dinilaikn berdasarkan kehadiran organisma hidup yg tinggal di dalam air ataupun kawasan sekitarnya. 2 kumpulan organisma tersebut ialah invertebrata dan juga vertebrata.Aspek kimia pula melibatkan pH, suhu, kadar kekeruhan, O2 terlarut, kandungan nitrat dan fosforus serta kandungan E.coli didalam air tersebut. Aspek fizikal meliputi kekeruhan/warna air, bau, penggunaan tanah, vegetasi sungai, lebar, kedalaman, halaju air,perparitan, hakisan dan juga sampah sarap.Untuk menjalankan pemerhatian terhadap kualiti air, kesemua aspek2 ini perlu diambil kira untuk memastikan bahawa kadar ketepatan maklumat yang disalurkan adalah tinggi. Maklumat yang dibekalkan itu nanti boleh dijadikan rujukan kepada pihak yang berkuasa untuk mengambil tindakan yang sesuai.



Selesai segala pembentangan modul2 setiap ipt diperkenalkan dengan tapak kajian dan para peserta turut diajar untuk membina blog bagi kegunaan ipt masing2. Dengan adanya blog tersebut, segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak IPT berkaitan dengan River Ranger, keputusan kajian dan pemerhatian akan di'post'kan. kaedah ini memudahkan segala maklumat disalurkan dengan cepat dan mudah.


Sebelum di bawa ke tapak kajian, para peserta telah disediakan dengan kasut but, topi, peralatan2 yang perlu digunakan sepanjang kajian dan sedikit maklumat ringkas tentang tugas2 yg perlu dilakukan di sana.



Para peserta program telah di bawa ke tapak kajian dengan sebuah bas MBSA. Untuk sesi pengenalan semua peserta di bawa ke tapak kajian yang bakal dijalankan oleh pihak UITM iaitu Sungai Renggam yang berada bersebelahan dengan Bangunan Sirim di Seksyen 14. Di sini Modul 5: On-Site practical field training dijalankan. Ternyata semua peserta amat teruja untuk menjalankan kajian ini. Masing2 tekun melakukan pemerhatian, mengambil sampel dan menganalisis keputusan.




Daripada pemerhatian yang kami lakukan kami dapati bahawa sungai di belakang SIRIM mempunyai keadaan fizikal yang moderat atau sederhana, ini kerana terdapat pelbagai sampah plastik namun tidak la se kritikal, warna sungai itu yang keruh, namun setelah kajian kimia di lakukan kami dapati bahawa kadar pH nya adalah pada tahap neutral, tiada nitrat, hanya kadar kekeruhan sahaja yang mungkin disebabkan oleh hujan disebelah pagi.


Selesai sahaja kajian tempatan itu kami di kehendaki membuat pembentangan kepada pihak GEC dan MBSA, seterusnya kami di kehendaki membuat satu kempen yg di sumbangkan oleh pihak GEC dan MBSA, kami pulang dalam jam 5 petang terima kasih di ucapkan kepada semua yg terlibat terutama pihak MBSA dan GEC serta peserta dari UiTM.



Sekian...



Created By : UrR...

Monday, November 30, 2009

Welcome!

Monday, November 30, 2009
The RIVER Ranger is designed as an educational awareness and action programme, specifically tailored for students. The programme emphasizes on every aspect of freshwater ecosytems, including its biodiversity, values and benefit to mankind.

The programme aims to expand the knowledge and awareness of students in local environment management and conservation. Students will learn to appreciate and value our water source, and the importance of sustaining it for future generations. The ultimate outcome of the RIVER Ranger Programme will see students that have been empowered to initiate and implement river basin audits, conservation projects, and resource management in their respective schools and communities.

Follow our blog for UNISEL River Ranger activities!